Hadis Riwayat Bukhari & Muslim

Tuesday 26 March 2013

~ sob sob ~





Mood tension ni, saja belek-belek majalah yang nipis tapi padat dengan ilmu yang mant0op!!..terbaca 1 sajak yang sangat menyentuh hati bila hati ni kosong & teraba-raba cari cinta yang 1 ja & Pemilik cinta ni  x pernah curang kat kita..yg tu yg ana nak sebenaQnya..cinta yg tulus & setia sampai ke Syurga~lalala~^_^
~ Cinta yg 1~
Semakin sukar hidup ini
Semakin hampir aku kepada yang abadi
Biar aku gagahi jalan ini
Kerana kegagahan itu ada padaku

Kalau ada yang lebih berat dari ini
Runtuhlah hati menahan derita
Tetapi dengan janji Tuhan
Tidak sesekali terbeban melainkan apa yang terdaya

Bila cinta yang satu itu tiba
Takkan ku peduli sejuta sengsara
Yang membawa aku dengan dosa dan alpa
Kilauan dunia menjadi hakimnya

Dan kepada cinta yang satu
Jangan ditanya siapakah Dia
Tetapi tanyalah kepada hati ini
Ke mana hendak ku bawa ia

Kerana cinta satu itu
Biar aku hilang segalanya
Hanya dengan rasa kehambaan yang istimewa
Kepada yang tak pernah curang
Mencintai setiap hamba-Nya….

Allahu Allah…
Ni copy paste ja, mana nak reti buat ayat madah pujangga lagi berpuitis  ni..ana x pandai berpuitis mitis ni, macam cik Pencetus jiran sebelah tu..hihi..:-)

No comments:

Post a Comment