Hadis Riwayat Bukhari & Muslim

Thursday 20 October 2011

DI SAAT HIDAYAH MENYAPA

Hari Jumaat hari 2, punya la ramai muslimat pakat p dengar ceramah kat dkp 3..memang program 2 dipenuhi dengan kaum hawa ja sebab program 2 khusus untuk siswi-siswi aja..hehe..Pakat nak tengok la personaliti popular..sapa x kenai..Catriona Ross  mai USIM untuk berkongsi  kisah penghijrahannya kembali kepada fitrah..:-)
Kak Cat


 
Teringat kata-kata Kak Catriona Ross @ dikenali dgn panggilan kak Cat…kita x perlu menjadi sealim ulama’ dalam menyampaikan dakwah…Kan Rasulullah S.A.W  bersabda : Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat...semua orang x sempurna..kalu kita anggap diri kita sempurna, siapa lagi yang akan menyebarkan dakwah atas muka bumi Allah ini?...sekurang-kurangnya kita ingin menjadi  insan yang baik dan memperbaiki diri kita dengan kita ajak sahabat2 kita melakukan kebaikan…that’s right..
Insya Allah semoga ‘cek’ tabah, sabar dan diberi kekuatan islah nafsi wa ilal mad’u al aakhar..Ameen Ya Rabbi…

Tuesday 18 October 2011

Alhamdulillah



Alhamdulillah,  sebulan yang lalu, saya bersama sahabat sahabiah diberi  peluang dan kesempatan oleh Allah untuk  melakukan kerja-kerja kebajikan di rumah anak-anak yatim. Ketika sampai di sana, hati rasa sayu dan sedih tatkala melihat adik-adik yang tidak mempunyai ibu atau ayah ketika usia mereka masih muda. Rasa bersyukur sangat kerana masih mendapat  belaian kasih sayang daripada ibu bapa berbanding adik-adik yang kekurangan kasih sayang. Alhamdulillah…..bersyukur dengan segala pemberian Allah Taala kepada kita. Apabila ‘ cek ‘ susah, abah mama yang menolong ..kalu  ‘cek ‘ sakit, abah mamalah  yang bersusah payah mengorbankan masa dan tenaga bagi memastikan diri ‘ cek ‘ kembali sihat..^_^..
Tergambar wajah ceria adik-adik melihat kami menziarahi mereka…


Rajin adik-adik ni solat..alhamdulillah..

Semoga Allah melimpahkan kasih sayang-Nya kepada adik-adik.. Allah kan Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani?...^_^

Monday 17 October 2011

10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut:  ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:  
  • Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.
  • Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH
  • Hak kpd kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.