Hadis Riwayat Bukhari & Muslim

Saturday 31 May 2014

~ terus mengorak langkah ~ ^_^






Alhamdulillah,diberi peluang oleh Allah mengisi cuti hujung minggu dengan pengisian ilmu haraki..Sedap mendengar ceramah daripada YB Mumtaz..” kita jgn risau tentang bila nak kawen, anak nanti bapa org..berdoa kpda Allah..yg tu keja Allah nak bagi ke x..keja kita sekarang ni terus buat kerja Allah, terus dengan gerak kerja Islam untuk tegakkan syariat Allah..Subhanallah, tersentap hati “..huhu…

Muslimat yang hebat bukan sahaja HEBAT dalam percakapan,  boleh mempengaruhi orang ramai bila berpidato, tetapi muslimat yang hebat mesti mempunyai peyusunan @ pengurusan masa dengan baik..jika menjadi pelajar, bagaaimana mengurus masa dengan Jemaah, jika menjadi isteri  & ibu, bagaimana mengurus suami dan anak-anak dengan baik..bila bekerjaya, bagaimana nak seimbangkan @ selarikan antara jemaah dan kerjaya..senang ja jawapan beliau..bila kita bekerjaya, x kira di mana sahaja kita ditempatkan, peranan kita mesti terus berdakwah, mentarbiyyah serta menyemai fikrah yang syumul kpda keluarga, adik-beradik,  jiran, sanak-saudara mahupun masyarakat.

Alhamdulillah, pencerahan dan pengisian yang sangat mantop dan membuka minda ana..persediaan dan  perancangan untuk masa hadapan, bergerak melangkah sebagai da’ie dan abnaul harakah..in shaa Allah..Innallah ma’ana..:-)

Friday 17 January 2014

tahun2 berikutnya


بسم الله الرحمن الرحيم

23 tahun ~ alhamdulillah...settle sem7
tahun2 berikutnya??
masih dlm perancangan..
nak mantapkan bahasa arab
 & ajaq budak2 kampung pengkalan kakap..hee.. 




in shaa Allah..moga diberi keberkatan umur & mengharapkan kehidupan yg lbh baik..ameen..
kpda shbt sahabiah yg bakal berkahwin..barakallahu fiikum..
moga bina usrah sakinah, mawaddah wa rahmah..:-)




Wednesday 13 November 2013

~ sifat "sirr" ~







Orang yg ikhlas

Wajahnya sentiasa tenang…

Bila amanah diterima

Mudah menitiskan air mata

Takut akan dipersoal di akhirat kelak

Bait-bait kata yg ditutur berbekas di qalb mad’u

Hanya jiwa-jiwa yang utuh akan menggapainya

Kerana ianya sifat dalaman yg tersembunyi

Hanya akan dirasai sahabat-sahabat di sekelilingnya

Ya, ketenangan akan dirasai…….

Penyakit hati di’hazafkan’

Membentuk hati-hati yang tunduk, tawadu’

Kepada sang pencipta yang Maha Mengetahui

Keinginan hati ini

Yang ingin selalu mengingatiMu…….

Ya Allah, Aku ingin jadi seperti mereka!!!


Tuesday 12 November 2013

~ teguran ~




Ada shbt teguq, bukan bermakna dia benci kita

Tapi dia SAYANG kita

Buang ego

Terima dgn hati terbuka

Jangan kita pulak yg nak melawan balik

Hakikatnya, ana ni suka lawan balik apa org cakap


Teringat hadis..” org yg kuat bukan org yg berjaya mengalahkan lwannya, tapi ORANG YG KUAT ialah org yg tahan sabaq bila kena marah”




Bila baca hadis ni, susah gak nak ubah perangai

Masa kena teguq, sabaq ja..dok teringat hadis ni

Alhamdulillah, rasa tenang lepas tu..

Hakikatnya kita “menang” di sisi Allah

Alhamdulillah, wa syukrulillah..:-)

Monday 28 October 2013

~ planning memeningkan ~



بسم الله الرحمن الرحيم


suma org suka merancang masa depannya
2 tahun akan dtg, 5 tahun @ 10 tahun akan datang
teringat mula planning

form 1 (pening lalat)  " nak p maktab mahmud ka @ sek men biasa?"
abah pilih - " angah sesuai sek. agama "..alhamdulillah, pilihan abah tepat sekali..^_^

lepas spm.." angah xtau abah..nak p uia -  (kos bahasa arab sastera) ka amik stam??"
amik stam..alang2 ngaji arab, amik la sampai abih..sijil tinggi agama..bahagia mengaji arab & menghafaz walaupun dlm keadaan serabut..haha..alhamdulillah, pilihan abah tepat sekali..^_^

lepas stam.."abah, angah nak pilih mana, kuin ka usim? kuin elok gak..angah kan minat bahasa arab.." slps munaqosyah & musyawarah ngan abah (amboi ayat) ana pilih usim..
ermmm...ngaji agak tunggang-langgang..eh..jgn merungut cik nini...ok2...alhamdulillah bersyukur dapat ngaji jugak....^_^

skrg ni...dilema nak pilih praktikal kat mana..."angah x tau nak pilih cikgu ka arabic training consultant abah?" cikgu pun ok..angah minat arabic ka?? ya abah..ikut angah la..(tapi tau abah nak pilih cikgu sebenaqnya)




semalam tanya mak pulak.." istikhoroh dulu angah" budak kecik wartawan tu hingaq pulak.." awat angah, ampa nak pilih calon suami ka istikhoroh2 ni "..amboi..cakap byk pulak budak tu..heran jugak cmna wartawan kecik tu tau solat istikhoroh ni..haha

قال تعال: ومكروا ومكر الله, والله خير المكرين



Thursday 17 October 2013

أنا سعيدة



Aku bahagia berdamping dgn shbt2 yg solehah

Aku bahagia mendapat “’likes” daripada shbt2 yg sama2 fikrah & bersusah payah dlm perjuangan

Aku bahagia ada shbt2 yg selalu mengingat & menghantar tazkirah2 ringkas, supaya aku x leka dgn tipudaya dunia

Aku bahagia aku pernah diziarahi oleh akak2 senior yg hebat berkata-kata & petah berbicara

Aku bahagia dapat melihat muka pensyarah2 Arab, mendengar kalimah Arab walaupun aku tidak berkesempatan bersua dgn Nabi Muhammad S.A.W

Aku bahagia berjumpa dgn shbt2 yg punyai semangat,  pengorbanan yg tinggi memikirkan keadaan umat sekarang & punyai idea2 yg bercambah utk menyelesaikan masalah umat

Aku SANGAT BAHAGIA memiliki seorg abah yg selalu memberi nasihat & kata2 perangsang, & selalu mengajak aku pergi ke masjid, mendengar ceramah agama, walaupun aku tahu abah sgt sibuk dgn hal2 yg lain

Aku SANGAT BAHAGIA juga memiliki ibu yg selalu mengingatkanku belajar bersungguh-sungguh





Alhamdulillah ya Allah kerana mengurniakan aku insan2 yg taat kepada Engkau..mereka sumanya hebat..aku tahu itu suma adalah kurniaan & pinjaman sementara shja..sungguh, aku mahu menjadi seperti mereka..^_^

Pasti datang saat itu !



Sejak akhir2 ni..selalu ja dengaq cita kematian..akak senior yg baru meninggal dunia akibat keracunan, pak cik-pak cik di kg tlh kembali ke rahmatullah..sungguh, mereka memanfaatkan umur dlm ketaatan kpda Allah..hati mereka sgt dekat & bertaut dgn masjid..merekalah yg mengimarahkan masjid..paling sedih, Mantan YB Kedah, Ustaz Azizan yg telah kembali menghadap Allah..sungguh, beliau seorg pejuang yg mempunyai hamasah yg tinggi, walaupun ana x rapat sgt dgn Ustaz berbanding shbt2 ana yg lebih jauh mengenali ustaz..



ada shbt2 yg begitu rapat & blh cerita tntg kehidupan ustaz semasa beliau muda,hingga akhir umur beliau…ada jugak shbt2 ana yg pernah tangkap gmbq bersama dgn beliau…

seingat ana, ana pernah pergi ke program istar anjuran ppik,di masjid langgaq selepas stam..tahun 2009..pernah melihat beliau dari jauh ketika majlis penutup program istar & gabungan program kem bina insan di stadium kuin..alhamdulillah, ana rasa bersyukur melihat wajah beliau walaupun dari jarak yg jauh..

pernah pergi jamuan hari raya aidilfitri, tahun lepas, 2012 di kediaman beliau..hajat di hati ingin bertemu beliau tetapi beliau ada masyaqqah lain..

moga ana dapat mengambil sifat beliau yg tegas dlm melaksanakan amanah & sentiasa berkorban utk kepentingan ummah…Allahu Allah..moga Ustaz tenang di sana..ameen..