Hadis Riwayat Bukhari & Muslim

Wednesday 15 February 2012

Redha dengan Takdir


Aku hanya merancang
Allah jua yang menentukan
Ku pasrah pada ujian
Biarpun datang menghujan
Hikmah seiringan
Untuk ku fikirkan
Biar segetir mana ujian melanda
Baik berjaya atau kecewa
Baik suka atau terluka
Ku terima dengan hati terbuka
Kerana memang begitu kehendakNya
Ku yakini, itulah yang terbaik dariNya
Buatku seorang hamba
Hanya Dia mengetahui segalanya

Friday 3 February 2012

ISTIKHARAH DULU



Tiba-tiba hati ni teringat kat kawan-kawan yang p Mesir dah setahun lebih dah…Kak Sya & Najwa..Kak Sya pernah tanya ana..” Arni..nanti nak sambung mane lepas STAM? Mesir ka?..Najwa pula tanya masa amik result STAM..Arni..nak p Mesir ka pasni? Hati ni 50-50. X tau nak p ke dak..tapi dah janji mak ngan ayah..kalau dapat Mumtaz, nak p Mesir. Tapi kalau dapat Jayyid Jiddan,

BAGI KHIDMAT KAT MASYARAKAT

Dengar ceramah drp adik arwah Ustaz Asri, Ustaz Ghazali..bila dengar ustaz Ghazali nyanyi lagu arwah Ustaz Asri…sedih sangat..wajah n suara mirip dgan Ustaz Asri..(teringat kat arwah Ustaz Asri)..antara taujihat yg Ustaz Ghazali beri : BELAJAR NIE..yg Muhim niat nak belajar, dapat ilmu, pastu, amal..n finally, sebarkan kat orang lain…niat kena betul, bukan nak dapat anugerah dekan semata-mata, dapat sijil dan nak  cari kerja..the most important, jika niat kita mcm tu, Allah Taala akan bagi setakat tu saja..lepas grad, x tau nak komunikasi ngan masyarakat, x tau nak berkhidmat kat masyarakat..x mau amik tau pasai masalah yg berlaku kat masyarakat..jgn dok risau xdak duit, xdak rezeki..kalu kita betui2 nak cari ilmu dan nak tolong agama Allah..Allah PASTI tolong kita..Allah Taala berfirman dalam Al-Quran..”Wahai org2 yg beriman, jika kamu menolong agama Allah, Allah pasti menolong kamu & meneguhkan kedudukanmu…”..Kita mesti beri sumbangan untuk masyarakat dari segi tenaga, ilmu, wang dll..terus berdakwah, terus perjuangan Nabi kita…^_^

Thursday 2 February 2012

FESYEN BERTUDUNG

  

Macam –macam org berfesyen..ada yg pakai tudung lilit, tudung Yuna la, tudung Ekin la…tudung Arni la, eh silap tudung Ariani la..hehe..mcm2..bleh ja pakai tudung pelbagai fesyen..yg penting , melepasi bahagian dada…tidak jarang sampai nampak tengkok..kadang-kadang pelik bin ajaib..buat pertandingan busana muslimah..tujuannya nak menampilkan pemakaian tudung yg menutup aurat..tup,tup..ada juga yg memakai baju dan tudung..masyaAllah..no komen..mana tujuan asal yg katanya  nak memberi  kefahaman dan pendedahan kepada muslimat dibolehkan berfesyen, tetapi  tidak menutup aurat dengan sempurna..takut nak mengata kat sapa-sapa..semoga Allah memberi  kita kekuatan utk menegur sahabat-sahabat  yang kadang-kadang  lalai..kita boleh tegur dengan cara hikmah..contohnya..” Awak cantik, tapi kalu awak pakai tudung melepasi dada, lagi cantik…ok x camtu??”…insyaAllah..sahabat kita boleh terima teguran kita..Dalam ayat Al-Quran ada menyebut..Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik..(surah An-Nahl, ayat  125)..Berdoa semoga Allah sentiasa memberi hidayah dan kefahaman agama kepada kita semua..Ameen ya Rabbal ‘Alamin…