Hadis Riwayat Bukhari & Muslim

Wednesday 25 April 2012



Orang yang mencintai Ilahi
Dirinya tak keluh kesah
Apabila ditimpa ujian
Kerana dia yakin dengan kasih Tuhan

Orang yang benar2 menghayati cintanya kepada Ilahi
Sentiasa pasrah kepadaNya
Sabar menempuh ujian
Kerana dia tahu ujian itu adalah
Tarbiah daripadaNya

Orang yang benar2 mencintai Ilahi
Juga harapkan kebahagiaan di dunia
Tetapi jika tidak dapat dimiliki
Dia harapkan keindahan di ‘sana’
Kerana dunia ini hanya pinjaman
Dan dirinya hanya ‘barang pinjaman’
Yang dipinjam untuk sementara di dunia ini