Hadis Riwayat Bukhari & Muslim

Tuesday 18 October 2011

Alhamdulillah



Alhamdulillah,  sebulan yang lalu, saya bersama sahabat sahabiah diberi  peluang dan kesempatan oleh Allah untuk  melakukan kerja-kerja kebajikan di rumah anak-anak yatim. Ketika sampai di sana, hati rasa sayu dan sedih tatkala melihat adik-adik yang tidak mempunyai ibu atau ayah ketika usia mereka masih muda. Rasa bersyukur sangat kerana masih mendapat  belaian kasih sayang daripada ibu bapa berbanding adik-adik yang kekurangan kasih sayang. Alhamdulillah…..bersyukur dengan segala pemberian Allah Taala kepada kita. Apabila ‘ cek ‘ susah, abah mama yang menolong ..kalu  ‘cek ‘ sakit, abah mamalah  yang bersusah payah mengorbankan masa dan tenaga bagi memastikan diri ‘ cek ‘ kembali sihat..^_^..
Tergambar wajah ceria adik-adik melihat kami menziarahi mereka…


Rajin adik-adik ni solat..alhamdulillah..

Semoga Allah melimpahkan kasih sayang-Nya kepada adik-adik.. Allah kan Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani?...^_^

No comments:

Post a Comment