Mood tension ni, saja belek-belek majalah yang nipis
tapi padat dengan ilmu yang mant0op!!..terbaca 1 sajak yang sangat menyentuh
hati bila hati ni kosong & teraba-raba cari cinta yang 1 ja & Pemilik
cinta ni x pernah curang kat kita..yg tu
yg ana nak sebenaQnya..cinta yg tulus & setia sampai ke Syurga~lalala~^_^
~ Cinta yg 1~
Semakin sukar hidup ini
Semakin hampir aku kepada yang
abadi
Biar aku gagahi jalan ini
Kerana kegagahan itu ada padaku
Kalau ada yang lebih berat dari
ini
Runtuhlah hati menahan derita
Tetapi dengan janji Tuhan
Tidak sesekali terbeban
melainkan apa yang terdaya
Bila cinta yang satu itu tiba
Takkan ku peduli sejuta
sengsara
Yang membawa aku dengan dosa
dan alpa
Kilauan dunia menjadi hakimnya
Dan kepada cinta yang satu
Jangan ditanya siapakah Dia
Tetapi tanyalah kepada hati ini
Ke mana hendak ku bawa ia
Kerana cinta satu itu
Biar aku hilang segalanya
Hanya dengan rasa kehambaan
yang istimewa
Kepada yang tak pernah curang
Mencintai setiap hamba-Nya….
Allahu Allah…
Ni copy paste ja, mana nak reti
buat ayat madah pujangga lagi berpuitis
ni..ana x pandai berpuitis mitis ni, macam cik Pencetus jiran sebelah tu..hihi..:-)
No comments:
Post a Comment