Alhamdulillah, sebulan yang lalu, saya bersama sahabat sahabiah diberi peluang dan kesempatan oleh Allah untuk melakukan kerja-kerja kebajikan di rumah anak-anak yatim. Ketika sampai di sana, hati rasa sayu dan sedih tatkala melihat adik-adik yang tidak mempunyai ibu atau ayah ketika usia mereka masih muda. Rasa bersyukur sangat kerana masih mendapat belaian kasih sayang daripada ibu bapa berbanding adik-adik yang kekurangan kasih sayang. Alhamdulillah…..bersyukur dengan segala pemberian Allah Taala kepada kita. Apabila ‘ cek ‘ susah, abah mama yang menolong ..kalu ‘cek ‘ sakit, abah mamalah yang bersusah payah mengorbankan masa dan tenaga bagi memastikan diri ‘ cek ‘ kembali sihat..^_^..
Semoga Allah melimpahkan kasih sayang-Nya kepada adik-adik.. Allah kan Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani?...^_^
No comments:
Post a Comment